20110203

SEKOLAH MENENGAH

Form two aku kembali ke Sekolah Dato' Mahmud Mat. Kali ni masuk kelas number dua plak. Kelas ni memang meriah habis la.Sekolah sini sebenarnya bukan tempat belajar pown. Kau masuk kelas ke tak pown tak ada beza nya. Otak kosong. Dia banyak fokus aktiviti sampingan la. Ponteng kelas, bersiar siar, dating, dan  lepak kedai keropok dekat hujung simpang. Kedai ni plak keropok die memang addicted habis la. Wajib la balik sekolah lepak situ. Dah la waiter dia semua perempuan.Petang  biasala pergi main bola dekat sekolah rendah lama aku. Time tu dah start taw pasal player player la club club la. Lagi satu aktiviti petang bermotosikal la. tapi abah aku mana kasi nya aku motor motor ni. Jockey motor orang la. Kalau menang race ni bangga habis la. Hebat semacam je. Sekarang Gelak je tengok budak budak main motor. Rosak aku time ni. Hari hari kelas banyak sangat dekat luar nya. Cikgu bukan kisah sangat nya. Kalau yang membebel tu pown tak ada sapa layan pown.Gaduh Gaduh dekat sekolah tu benda biasala. Kau kuat sikit pandai cakap sikit ada la orang ikut belakang. Kegemilangan gangster sekolah la time tu. Tak lama la masa form Three orang orang bawah ni stat rebel la. Diorang dah mula nak merokok la mencuri la. Jahat jahat aku ada limit la. Idak nya buat benda macam tu. Ate mereka pown merebel, Dapat la aku rasa kena penumbuk satu. Sakit Cb sampai sekarang aku ingat. Lepas tu aku dah malas nak fikir. Baru perasan ada PMR. Sekolah tu macam tu la. Aku malam malam la belajar sendiri atas katil tengok buku. Kira PMR tu do or die la. Tak nak aku duduk sekolah ni sampai habis.