20190330

Tersirat

Apa yang orang nampak keluarga berpecah belah selepas mak atau ayah meninggal.

Tersirat:
Tak ada siapa tahu apa yang di dalam diri setiap individu itu. Tak ada siapa yang salah sebab semua pun rasa diri itu betul.

1 rasa:
Aku dah lama hidup dari susah. Dulu susah buat macam macam dengan bapak engkau. Sekarang masa aku nak hidup senang. Aku boleh buat apa aku nak. Pergi mana aku nak. Tak ada siapa nak halang aku.

2 rasa:
Aku kena kekalkan jaga apa yang bapak aku tinggalkan. Pastikan segala usaha dia dulu tak jadi sia sia.

3 rasa:
Bapak aku dah tak ada. Sekarang aku ada keluarga sendiri. Aku jaga keluarga aku dan hidup dengan keluarga lain secara professional.

4 rasa: bapak aku dah tak ada. Aku boleh buat apa yang aku nak. Aku boleh pergi mana mana. Bapak aku tinggal banyak duit. Aku akan jadi hebat. Orang akan sanjung aku.

5 rasa:
Aku dah tak ada bapak. Siapa yang nak ajar aku. Aku boleh hidup dalam dunia aku sendiri.

Hanya masa akan menentukan apa yang jadi elok atau hancur. Dengan masa juga salah satu akan cakap fuck it, i better of on my own. Hanya yang betul betul kuat akan kekal di atas. Tak ada siapa akan mengheret yang lain. Sampai masa tengelam lah kau hancur.