20240312

1 Ramadhan 1445

    Semakin lama aku hidup, semakin banyak aku berfikir. Mungkin itu hanyalah benda yang aku rasa betul atau itula suratan kehidupan. Kebenaran cuma akan keluar nanti bila semua ini berakhir.

    Bila Abah pergi, pelbagai perkara keluar. Menyalahkan takdir, tak boleh terima, serba tak kena. Mungkin aku tak jalani keseluruhan hidupnya tapi menjadi seorang ayah dan suami, sedikit apa dia rasa mungkin aku rasa.

    Tuhan memanggil nya pergi kerana sudah sampai masa nya. Dia sudah berlawan sepanjang hidup nya. Segala sakit, parut dan letih. Orang biasa mungkin tidak faham, kadang nampak bodoh, kenapa kita nak bekerja hari - hari kumpul duit untuk apa ? Akhir nya kita mati, kita tak guna pun. Namun ada pula yang sampai ke mati terpaksa hidup dalam kerisauan tak ada duit tak ada makanan.

    Tapi apa yang aku rasa sebagai ayah dan abah, kita ni jalan terus membuat duit mencari nafkah untuk anak - anak. Aku dah tak fikir sangat apa aku nak. Ada nampak aku nak beli, aku beli. Aku seperti terus mencari duit tanpa ada tujuan khusus. Bukan kerana tamak, dia seperti engkau telah automatik hidup mencari duit untuk anak - anak.

    Kini dalam diri ini, aku tahu aku takkan hidup lama, entah sempat 52 tahun seperti Abah atau tidak. Dulu aku panik aku rasa seperti terfuck up. Sekarang aku rasa mungkin memang cerita aku sampai situ sahaja. Aku dah buat apa yang patut aku buat dan aku rehat dari keletihan ini. Selamat tinggal dunia, hiduplah anak - anak dengan apa aku tinggalkan. Cari la dunia kamu sendiri.

    Aku tak tahu macam mana Abah pergi sebab dia tidak sakit lama seperti orang lain. Dia pergi dengan hanya kami mengucap di telinga Nya tanpa dia sedar. 5:30 petang dia pergi pada hari Sabtu. Bagaimana sakit dan azab dia pergi tiada siapa yang. Cuma tak ada siapa nampak badan dia luka ke, dia stroke ke, tiada penampakan fizikal. Ada yang mati perlahan - lahan sehingga jadi jasad tak bernyawa. Mungkin itu rezeki Abah, dia pergi tanpa siapa tahu apa dia rasa. Aku yakin Allah tahu, Abah sudah buat apa yang dia mampu, sampai masa dia berehat. Kelak masa aku akan sampai.