20190919

APABILA SEMALAM JADI HARINI

"BERAKIT RAKIT KEHULU BERENANG RENANG KETEPIAN"

Adamasa orang susah akan tengok kesusahan diri dan salahkan nasib salahkan orang lain. Tun M pernah cakap orang melayu tak nak jadi buruh tak mahu hidup bertuan makan gaji. Tak nak kerja susah tak nak kerja kotor.

Semasa mereka di usia muda bertenaga atau semasa usia ketika masih di sekolah di mana mereka boleh belajar semua yg mereka mahu adakah mereka berfikir aku kena manfaat kan masa ini dengan betul supaya aku kelak lebih senang.

Di sekolah kalau aku belajar betul siapkan semua kerja rumah. Faham apa yang cikgu ajar. Dapat keputusan periksa yg bagus.

Ketika ada masa lapang kalau aku isi dengan baik cara pengalaman kerja sambilan. Kenal dunia. Tak sibuk dgn pekara membazir masa.

Di awal 20-an kalau aku kerja keras tidak membazir menyimpan pendapatan aku. Sediakan simpanan yg cukup untuk masa gawat. Tak sibuk bercinta.

Ketika badan masih sihat kalau aku bekerja bersungguh. Jangan membazir masa. Buat kerja lebih jika perlu.

Adakah nasib harini akan berubah jika semalam kita lalui dgn berbeza. Siapa tahu. Tapi adakah tuhan akan mengkianati hamba nya yang sudah berusaha. Tapi ada suara yg cakap hidup bukan untuk kerja keras semata. Kesihatan badan dan masa lebih penting. Anda timbang sendiri la. Nak letih bekerja ke nak rasa perit hidup papa.

Lahir dalam kesusahan itu suratan tapi mati dalam kemiskinan itu salah anda sendiri. Lebih hina lagi lahir dalam kesenangan tapi mati dalam kedaifan.