20110826

NILAI HIDUP

"Weh nanti datang kenduri kahwin aku lepas raya ni"
''Amboi bro banyak modal dapat kahwin awal "

"pakai t shirt. cubalah pergi masjid tu pakai baju melayu sopan sikit.beradab"
"lah mama kata urban biasala macam ni"

"Bro dah makan tu basuh la pinggan tu"
"Alah bapak aku dekat rumah tak basuh pinggan sendiri pun"

Nilai hidup ni menentukan manusia tu macam mana dan macam mana dia akan jadi. Asal usul nilai ni banyak cabang dia.Siapa mak bapak dia, dari mana datang nya, mana ajaran nya dan lain lain. Seorang yang sedang belajar di politeknik dan ada dua roda pemberian bapa nya sudah boleh memikirkan perkahwinan nak nak kalau ada teman wanita berdekatan rumah lebih mudah. Bagi beliau sudah cukup la kehendaknya. Tak perlula dia mahu kereta lima siri. Rumah bapak dia insyaallah dapat jadi harta pusaka.Dalam masa setahun dua dia akan mendapat perkerjaan. Lepas la makan pakai. Lagi dia merasakan dia beruntung dari rakan rakan yang merempat tak ke politeknik.Lengkap la hidup dia tak boleh salah kan dia.
Seorang yang hidup dalam dunia pelbagai idea dan pedoman. Tiap dunia dan cara akan mempengaruhi. Orang berkasut lidah enam inci tinggi, seluar sampul nangka dan baju tengkorak pecah berdarah. Kalau tiada jati diri semua digayakan. Sangkut kamera di leher berarak ke hulu hilir, dan segala jenis techno lagi pengganti buah dam dan papan congkak. Baju melayu ditempah emak pakainya di hari mulia sahaja. Pandai memakai kain pelikat dapat ke surau. Cukup solat lima waktu dan tamat mengaji memadai la baginya. Kenapa perlu mempamer agama dan amalam. Berkata bab akhirat tiap waktu mengeji mereka yang disangka jahil. Dia tak menggangu sesiapa tak pula melanggar suruhan. Sudah dia selasa begitu tak boleh salah kan dia.
Seorang yang baru jumpa hidup sendiri. Sudah sekian lama hidup di kampung ibu bapa. Baru kenal erti mahal nya hidup di tempat orang. Bagaimana menanak nasi entah basi atau tidak. Kotor di keliling tiada ibu yang mengutip mengemas. Biarlah dulu mujur ada yang membantu kemudian. Nak angkat punggung berat rasanya tak pernah berajin dari dulu. Benda dah melekat dari kecil. Keturunan mungkin. Mengapa nak usaha lebih. Rezeki datang dari tuhan. Baik dia baring sahaja tak boleh salahkan dia.


20110819

ANJING CONNIE

Nak tidur pun telefon rumah ni nak bunyi juga.
"Bangun tidur sekejap tu pergi ambik adik tuisyen sebelas lima minit jap lagi"
Dengar Suara abah terus segar mata jam dah pukul sebelas. Mana pulak seluar pendek. Sempat tak gosok gigi ni. Cucuk dulu charge hand phone ni entah bila matinya. Tiga mesej masuk reply dulu. 
Jam sebelas suku muka adik masam  mengheret beg masuk kereta. 
Ring Ring. Dia reply kowt lama dah senyap nya. "Laundry hari tengah panas ni" 
Adoi mesej mama nak buat apa. 

###############

"Adik bak sini remote tu apa nya cartoon je dari tadi" adik muka ketat macam tak ada apa jadi
"Kedekut la, Pergi ambik joystick tu dalam bilik kejap" Adik Bangun remote kemas di tangan
membuang masa time time puasa ni nak tunggu petang
Ring Ring. "Amacam jadi tak harini"
Jari menaip "xdehal je. kau bos belanja kan"
"kepala hotak lu.kul berapa gerak"
tengok jam dinding "5++ la panas ni"

############

Ring Ring."Kau mana"
jam dah lima tiga puluh"jap lagi sampai"
capai tuala dulu asar tak settle lagi
Kereta berhenti minah tu dah duduk mencongok depan longkang rumah.
"lambat la gila kau pergi mana"
buat muka tak faham bahasa"kita pergi amik yang sorang lagi tu dulu sabau ya bos"
kereta dimatikan mata mencari tong cat dekat tepi jalan.
Dah duduk agak agak selesa"nak kemana kita ni?"
"lah semalam kata apa. bila nak gerak nya"
mat en buat tak tahu masih dengan track sekolah nya.
"agak agak enam setengah kita gerak la. Tu pun sempat lagi singgah bazar tengok awek awek kilang vac"

####################
tangan kosong lepas memusing bazar dengan mata apa pun tak dapat
"weh dekat mana A&W ni main jalan one way semua"
mat en yang tak pernah keluar dari pekan memang expert selok belok "kau ikut la depan farmasi tu lepas tu park hujung kedai sana"
Dari dalam kereta nampak tingkat kaca line oren sosej orang beratur sampai ke kedai jam.
akhirnya dalam nazak nak azan
"Kak char kue tiow ada lagi tak ?"
"Semua dah habis la adik tinggal nasi kerabu lima ringgit je"

20110816

KULI PEKERJA BOS

Ni hari ke enam belas aku dah tidak bekerja baru reti nak cerita dekat sini cerita kerja aku. Cuti berbulan bulan ni semua sibuk nak kerja tak kurang yang nak duduk puas puas dekat rumah. Lepas final exam aku tak balik rumah tak nak buang masa nak kerja.Haha. kerja 1st aku tu dekat kilang Panasonic. Aku kerja dengan membe aku mintak terus dapat. Masuk kerja 730 pagi kerja 12 jam dapat la 40 ringgit macam tu sehari. tu belum overtime lagi kerja ahad gaji double lagi. Mesti dapat jugala seribu kacang kacang je. Kepala hotak kau datang awal macam tu bila aku nak tidur nya kerja dah la lama gila. Seminggu je kami chow.Haha. Apa aku nampak dekat situ orang orang kat situ dah tak adahal dengan dua belas jam sebab diorang dah terdidik dengan cara membazir masa dengan baik. Merayau, tidur dalam stor, pak cik pak cik pergi minum kopi. Semua dalam otak yang penting hujung bulan gaji masuk. 

Lepas tu kami kerja lain pulak. Jumpa la dengan benda nama Unifi. Apa unifi google la sendiri ya. dengar mula mula memang menarik dapat 20 customer dapat up basic siap berkomisyen lagi. Sebulan ada 30 hari takkan tak boleh dapat 20 ya dak. Try kerja tengok. Aku start 27 May 2011 mula mula kerja aku dekat carefour seksyen 23 tu. Dekat situ la aku kenal buck, ojeck GSM , akak kedai lima ringgit. Awek kedai handphone, guard guard carefour tu. Supervisa aku nama dia Tong dengan bos kecik, Hazril dan bos besar Izat. Diorang ni semua tak nak kerja susah tapi duit nak banyak. Time ni memang kami kuli la. Berdiri dari datang sampai balik. First two days sorang customer pun tak lekat. Relax je kuatkan semangat. Hari ketiga kami makan tujuh customer terus dan bermula la masa masa gemilang. senyum je bekerja. Haha. Bulan enam barula terasa aku ni sebagai pekerja. Time ni aku tak duduk dalam dah. Dah kena merayau duduk luar dengan saga kereta kebal tu. Hidup makin adventure la. Rasa la kau tengah panas makan asap kereta lalu. Biasala dah pandai datang lambat. Lepak lepak kedai minum dengan tong. Merata aku pergi damansara, subang, Shah alam dengan klang tu tak yah cakap la. Pengalaman hampir mati dekat jalan pun banyak nyaris masuk bawak trailer tak pun langgar pintu porche lagi. Nasib tuhan sayang lagi.Haha. Last last bulan tu dapat la aku 15 je. Itupun last last aku usaha keras tu nasib membe membe membantu. 

Dah masuk bulan tujuh, dari sini aku belajar rupanya Unifi ni boleh buat lebih lagi. Sepatutnya aku boleh dapat lebih lagi dari takat 50 komisyen yang bos aku kasi tu. Start dah pasang angan. Gua mencari bos yang besar yang mampu bayar lebih. Membe membe unifi pun ramai dah. Phone pun bila berbunyi kalau angkat mesti orang "Hello bos" dah. Belanja minum tu kena ringankan poket la. Aku collect sale diorang dan hantar dekat tempat yang mahal. Nampak memang senang tapi deal kena pandai, cakap kena baik, sistem kena ada. Diorang pun semua okay lancar la juga sampai ke hujung bulan. Time ni kerja aku yang asal tu jalan macam biasa. Gaji basic aku tu kena jaga. Hati bos kena jaga lagipun tong tu dah macam membe aku dah. Kerja macam ni banyak kerenah ada hari kena meeting. Hati customer kena jaga hati bos yang membayar kena jaga. Siap ada satu pagi Mak datin call complaint unifi sambil aku tidur. Haha. Overall bulan tu makan besar la juga. Tapi hidup sendiri tunggang langgang jadinya.

Apa yang aku kerja sepanjang cuti ni memang makan dalam. Selain dari modal yang aku dapat buat support project akan datang. Aku belajar banyak benda. Apa maksud hidup tersepit, macam mana jadi kuli. bila jadi bos otak kena pandai. Aku dapat ramai membe baru boleh lepak gelak gelak. Apa rasa pegang duit. Berapa ramai orang mampu bercakap sahaja. Dan kenapa orang bila dah kerja boleh jadi gemuk.Haha.