20110816

KULI PEKERJA BOS

Ni hari ke enam belas aku dah tidak bekerja baru reti nak cerita dekat sini cerita kerja aku. Cuti berbulan bulan ni semua sibuk nak kerja tak kurang yang nak duduk puas puas dekat rumah. Lepas final exam aku tak balik rumah tak nak buang masa nak kerja.Haha. kerja 1st aku tu dekat kilang Panasonic. Aku kerja dengan membe aku mintak terus dapat. Masuk kerja 730 pagi kerja 12 jam dapat la 40 ringgit macam tu sehari. tu belum overtime lagi kerja ahad gaji double lagi. Mesti dapat jugala seribu kacang kacang je. Kepala hotak kau datang awal macam tu bila aku nak tidur nya kerja dah la lama gila. Seminggu je kami chow.Haha. Apa aku nampak dekat situ orang orang kat situ dah tak adahal dengan dua belas jam sebab diorang dah terdidik dengan cara membazir masa dengan baik. Merayau, tidur dalam stor, pak cik pak cik pergi minum kopi. Semua dalam otak yang penting hujung bulan gaji masuk. 

Lepas tu kami kerja lain pulak. Jumpa la dengan benda nama Unifi. Apa unifi google la sendiri ya. dengar mula mula memang menarik dapat 20 customer dapat up basic siap berkomisyen lagi. Sebulan ada 30 hari takkan tak boleh dapat 20 ya dak. Try kerja tengok. Aku start 27 May 2011 mula mula kerja aku dekat carefour seksyen 23 tu. Dekat situ la aku kenal buck, ojeck GSM , akak kedai lima ringgit. Awek kedai handphone, guard guard carefour tu. Supervisa aku nama dia Tong dengan bos kecik, Hazril dan bos besar Izat. Diorang ni semua tak nak kerja susah tapi duit nak banyak. Time ni memang kami kuli la. Berdiri dari datang sampai balik. First two days sorang customer pun tak lekat. Relax je kuatkan semangat. Hari ketiga kami makan tujuh customer terus dan bermula la masa masa gemilang. senyum je bekerja. Haha. Bulan enam barula terasa aku ni sebagai pekerja. Time ni aku tak duduk dalam dah. Dah kena merayau duduk luar dengan saga kereta kebal tu. Hidup makin adventure la. Rasa la kau tengah panas makan asap kereta lalu. Biasala dah pandai datang lambat. Lepak lepak kedai minum dengan tong. Merata aku pergi damansara, subang, Shah alam dengan klang tu tak yah cakap la. Pengalaman hampir mati dekat jalan pun banyak nyaris masuk bawak trailer tak pun langgar pintu porche lagi. Nasib tuhan sayang lagi.Haha. Last last bulan tu dapat la aku 15 je. Itupun last last aku usaha keras tu nasib membe membe membantu. 

Dah masuk bulan tujuh, dari sini aku belajar rupanya Unifi ni boleh buat lebih lagi. Sepatutnya aku boleh dapat lebih lagi dari takat 50 komisyen yang bos aku kasi tu. Start dah pasang angan. Gua mencari bos yang besar yang mampu bayar lebih. Membe membe unifi pun ramai dah. Phone pun bila berbunyi kalau angkat mesti orang "Hello bos" dah. Belanja minum tu kena ringankan poket la. Aku collect sale diorang dan hantar dekat tempat yang mahal. Nampak memang senang tapi deal kena pandai, cakap kena baik, sistem kena ada. Diorang pun semua okay lancar la juga sampai ke hujung bulan. Time ni kerja aku yang asal tu jalan macam biasa. Gaji basic aku tu kena jaga. Hati bos kena jaga lagipun tong tu dah macam membe aku dah. Kerja macam ni banyak kerenah ada hari kena meeting. Hati customer kena jaga hati bos yang membayar kena jaga. Siap ada satu pagi Mak datin call complaint unifi sambil aku tidur. Haha. Overall bulan tu makan besar la juga. Tapi hidup sendiri tunggang langgang jadinya.

Apa yang aku kerja sepanjang cuti ni memang makan dalam. Selain dari modal yang aku dapat buat support project akan datang. Aku belajar banyak benda. Apa maksud hidup tersepit, macam mana jadi kuli. bila jadi bos otak kena pandai. Aku dapat ramai membe baru boleh lepak gelak gelak. Apa rasa pegang duit. Berapa ramai orang mampu bercakap sahaja. Dan kenapa orang bila dah kerja boleh jadi gemuk.Haha.