20110826

NILAI HIDUP

"Weh nanti datang kenduri kahwin aku lepas raya ni"
''Amboi bro banyak modal dapat kahwin awal "

"pakai t shirt. cubalah pergi masjid tu pakai baju melayu sopan sikit.beradab"
"lah mama kata urban biasala macam ni"

"Bro dah makan tu basuh la pinggan tu"
"Alah bapak aku dekat rumah tak basuh pinggan sendiri pun"

Nilai hidup ni menentukan manusia tu macam mana dan macam mana dia akan jadi. Asal usul nilai ni banyak cabang dia.Siapa mak bapak dia, dari mana datang nya, mana ajaran nya dan lain lain. Seorang yang sedang belajar di politeknik dan ada dua roda pemberian bapa nya sudah boleh memikirkan perkahwinan nak nak kalau ada teman wanita berdekatan rumah lebih mudah. Bagi beliau sudah cukup la kehendaknya. Tak perlula dia mahu kereta lima siri. Rumah bapak dia insyaallah dapat jadi harta pusaka.Dalam masa setahun dua dia akan mendapat perkerjaan. Lepas la makan pakai. Lagi dia merasakan dia beruntung dari rakan rakan yang merempat tak ke politeknik.Lengkap la hidup dia tak boleh salah kan dia.
Seorang yang hidup dalam dunia pelbagai idea dan pedoman. Tiap dunia dan cara akan mempengaruhi. Orang berkasut lidah enam inci tinggi, seluar sampul nangka dan baju tengkorak pecah berdarah. Kalau tiada jati diri semua digayakan. Sangkut kamera di leher berarak ke hulu hilir, dan segala jenis techno lagi pengganti buah dam dan papan congkak. Baju melayu ditempah emak pakainya di hari mulia sahaja. Pandai memakai kain pelikat dapat ke surau. Cukup solat lima waktu dan tamat mengaji memadai la baginya. Kenapa perlu mempamer agama dan amalam. Berkata bab akhirat tiap waktu mengeji mereka yang disangka jahil. Dia tak menggangu sesiapa tak pula melanggar suruhan. Sudah dia selasa begitu tak boleh salah kan dia.
Seorang yang baru jumpa hidup sendiri. Sudah sekian lama hidup di kampung ibu bapa. Baru kenal erti mahal nya hidup di tempat orang. Bagaimana menanak nasi entah basi atau tidak. Kotor di keliling tiada ibu yang mengutip mengemas. Biarlah dulu mujur ada yang membantu kemudian. Nak angkat punggung berat rasanya tak pernah berajin dari dulu. Benda dah melekat dari kecil. Keturunan mungkin. Mengapa nak usaha lebih. Rezeki datang dari tuhan. Baik dia baring sahaja tak boleh salahkan dia.