20251101

1 NOVEMBER 2025

 Selepas 28 hari Assad lahir tahun lepas baru aku menulis, ini selepas 23 hari Assad genap umur setahun baru aku menulis lagi.

Assad anak yang berbeza, bongsu tapi ada semangat tersendiri. Orang lain tak pernah masuk wad, dia masuk wad. Umur setahun tapi gaya tak sabar nak besar. Semua yang abang buat semua dia nak buat.

Tahun lepas aku terfikir kenapa tiga lelaki. Hanya masa akan menunjukan. Mungkin mereka akan membina sesuatu bersama atau sendirian. Umpama 1 pistol 3 peluru, Mungkin 3 akan mengena atau mungkin tiga peluru the odd to hit better.

Abah bermula hampir kosong, tiada ijazah tiada sijil yang membantu dia jadi kontraktor. Dia bina semua sendiri. Sejauh yang dia mampu dengan apa dia ada. Kini aku mampu berdiri dengan ilmu aku, dengan apa aku ada. Langkah aku lebih panjang lebih gagah.

Aku tak pasti sejauh mana apa aku buat inspire mereka. Mungkin mereka tengok apa aku bina sekarang penat dan susah. Mereka tak nak. Mungkin mereka rasa ini hebat dan ingin jadi sepertinya. Tak ada paksaan kerana aku tahu, engineer, kontrakor, businessman terhebat tak boleh dipaksa. Hati perlu nak dahulu dan sanggup hadapi semua ini.

Aku cuma berharap 3 peluru ini mampu pergi lebih jauh. buktikan apa yang abah dah tinggal tidak sia sia. Walau Assad yang setahun, Rauf yang banyak merepek dan Aaron yang baru nak kenal erti susah hidup. Kita perlu pergi lebih jauh. Jika aku mampu sampai buat projek sehingga 10 juta senderi. Mereka perlu lebih lagi. Bina asas yang lebih kukuh untuk keturunan kita,

Ini semua bermula dari kecil seorang bayi setahun. Selamat Hari Jadi Assad Raaif