Ada satu lelaki namanya Zul. Dia tidak pandai menulis membaca. Dia rajin bekerja. Dulu dia bekerja Radicare. Dia Gigih bekerja. Butanya dia tidak pandai menggunakan ATM. Setiap bulan orang akan tolong keluarkan duit gaji nya. Namau dia ditipu habis lesap duitnya. Tiada siapa mahu berkahwin dengan nya kerana dia buta huruf. Dia ditipu janda tua. Janda hanya mahu duitnya. Bila sudah tiada duit dia dihalau. Kini dia bekerja dengan Alam Flora. Setiap hari dia mengutip sampah. Zul hanya bangun pagi kerja boleh makan dan minum. 6 hari seminggu dia memakai uniform merah itu membersih sampah orang. Hari ahad dia berpakaian lusuh ke kebun tanah pusaka. Dia bahagia. Hatinya senang.
Itu Zul. Akal nya buta. Buta Huruf. Namun, Hati nya senang.
Kita yang celik ini ? Buta dengan dunia. Mahukan segala yang tak mampu dimiliki. Kerana apa? Kerana hati kita buta.