20110729

Hidup tak susah mana
Tak payah fikir jauh jauh
Time ada kita buat cara ada
Taruh la apa mampu
Apa jadi belakang kira
Bila dah tak ada 
sekurangnya tak menyesal

20110719

Time aku mintak satu je sorang pun tak nak kasi
Aku pergi cari tempat lain susah tak dahal
Lepas tu sekarang semua campak dekat aku
Baik tak payah tak ada guna dah
Pergi mati la nak jual kau
Hari yang sepatutnya bagus
Jadi sial ini macam

20110710

TAHNIAH MAMA ABAH

Bila lu tengok mamat bertindik pakai skinny baju metal topi Supra dekat gig duk menarik awek mekap cair. Kalau yang bertudung lilit tu serabai habis dah. Winston menyala di mulut. Gua senyum je. Ada lagi tempat kosong untuk gua dekat syurga tu. Tak rosak manala gua ni rupanya. 

20110708

gua tak ada mood dan macam macam mencari pasal ni.

20110707

MALAM MALAM LU KENA BUAT NI

Lu nak tahu apa ini sila klik open link in tab ya tak pun cari kanta la. Dalam dua tiga hari ini la hobi gua. Membe gua la ajar ni. Baca orang orang gaduh dalam ni. Lu dapat lawak tak payah bayar astro pun. Hilang tekanan kerja menanti gaji yang tak masuk ni. Ada satu hari sorang perempuan bertudung gaduh dengan sorang lagi free hair. Mula dari isu ini masuk agama pindah pergi siapa cantik last last kutuk balak dengan family pihak lawan pulak. Terima kasih kerana buat lawak dekat gua. HaHaHa.

20110705

SEDAR LA SIKIT

Apahal ni asyik post politik ni ? 
Poser la lu. Orang nak politik lu nak politik. Orang tu bersih lu nak bersih. Orang nak najib lu nak najib. Ini apahal gua pun dah masuk kancah politik. Lepas ni kalau lu nampak gua cakap lagi pasal politik. Lu tembak je. Kalau takat umur dua puluh nak bising pasal politik tak payah. Lu hidup makan subsidi hari hari. Abah gua umur 40++ relax je beliau. Lu nak taja hidup sendiri pun tak mampu. Jangan cakap la nak taja bini biarpun duk bersayang sayang dekat facebook tu. Lu nampak orang cina india ada sibuk ramai ramai berarak sini sana. Baik cari duit lagi baik apek jual sayur pun taw la. Lu nak cakap pasal kesedaran melayu. Lu sedar tak sedar lu orang melayu kena guna jadi pawn orang itu ini. Baik lu jaga diri. Fikir macam mana nak naik pointer ke macam mana nak settle subjek repeat semester depan ke. Esok esok orang berkereta lu naik moto 110 cc duk berdemonstrasi pasal minyak naik. Gua tulis ni sebab gua sendiri kena nasihat dengan pak cik yang masa gua sendiri belum lahir dia dah masuk hutan pergi perang penjajah. Hilang gua nak offer unifi dekat beliau. 

20110703

BERSIH KAN SCENE INI

Menurut Wikipedia

As a medical diagnosis, pedophilia is defined as a psychiatric disorder in adults or late adolescents typically characterized by a primary or exclusive interest in human generally age younger, though onset of puberty may vary.

Setelah dikaji semakin ramai terlibat dengan scene pedophilia. Lelaki lelaki berumur 22 ke atas mencari gadis gadis berumur belasan atau dua puluh tahun. Faktor utama dikenal pasti ialah mereka tidak mampu mendapatkan kaum perempuan yang sama umur dengan mereka. Mereka kekurangan skil mahupun modal. Namun mereka kelihatan mengunakan kelebihan unsur 'saya matang' dan cuba mendapatkan gadis yang lebih muda. Sekaligus mereka menjadikan lelaki yang lebih muda sebagai saingan. Ini bagaikan pelajar tahun satu universiti mencari pelajar pelajar sekolah menengah untuk dijadikan 'awek'. Pelajar UPSR pula ke tadika - tadika atau pra sekolah mencari cinta monyet mereka. Dimanakah cabarannya di situ. Kerajaan perlu membanyakan iklan membanteras scene pedophilia ini seperti mana banyaknya iklan membahan bersih yang gua tonton di televisyen kerajaan dua tiga hari ini.