20110327

SEBELAH BUKU LAIN

   Ini cerita pasal kulit buku yang sebelah lagi.Dalam kelas aku ada seorang perempuan. Perangai nampak baik, beragama agama ni tak adalah nak gila gila macam orang lain. Bagusla untuk dia. Aku tak tahulah aku sorang sahaja ke yang rasa atau orang lain pun rasa macam tu juga. Dia ni macam susah nak bercakap dengan lelaki. Kalau nak cakap dia tak bercakap sebab jaga pergaulan ekpresi muka dia tak akan macam tu. Cara dia pandang sesetengah orang macam pandang benda yang teruk benda yang hina. Sekalipun orang tu nak bercakap dengan dia sebab urusan penting pun cara dia layan amatlah tak patut. Macam la orang nak sangat cakap pandang dia. Dapat lihat la lelaki yang dia sudi cakap ada dua tiga orang sahaja. Apa yang aku rasa dia tak bercakap dengan orang yang muka jahat, dia rasa poyo, yang dia rasa ada hati dekat dia mungkin. Tu hak dia ikut dia lah. Kita tak boleh nak ubah orang biarlah dia dengan cara dia. lagipun ni pandangan aku sahaja.
   Tak lama sebelum ini aku dapat tahu siapa balak dia. Masa mak kawan aku, Dayat meninggal haritu dia ada cakap balak dia pun kawan Dayat. Pelik la macam mana aku tak tahu sebab budak budak dalam kelas itu sendiri ada cakap diorang tahu pasal balak dia dari dahulu lagi. Kebetulan haritu kawan aku, Adzam pula buka cerita pasal Dayat. Hidup dia sedih la nasib kawan aku tu dah biasa hidup susah tapi hilang mak yakuza pun nangis weh. Dah tu Adzam cerita la pasal balak kawan aku ni. Kelakar habisla jadinya. Sumpah tergelak gelak bila aku tahu balak dia kawan aku juga. Memang dah kenal sangatlah orang macam mana. Kalau bab perempuan tabik habis. Dua tiga ayat dapat main. Semua tu benda biasala untuk dia. Siap kasi tawaran dekat aku lagi nak ke tak. Jahat aku drugs,sex and booze tolak tepi lah. Sayang lagi hidup ni. Dalam macam tu kawan aku ni kalau bab cari duit memang hebat la. Tu benda bagus dia.
   Kelakar dalam dia yang bercakap pun memilih akhirnya jadi macam tu. Moral cerita ni kalau tak berkawan dengan orang pun tak payah la nak anggap orang lain teruk sebab yang lebih teruk ada dekat sahaja dengan kau.