20251219

Roti Telur Roti Kosong

Aku dan Min dah duduk di rumah sendiri sejak aku darjah 1 macam tu. Kami pernah duduk rumah penjaga setengah hari sahaja. Kami bosan kami decide nak balik rumah.

Bila hari cuti, abah akan belikan sarapan kami bangun tidur makan. Dia akan keluar pergi kerja. 90% daripada nya ialah roti canai. Dulu mamak tak ada, aku pun dah lupa mana datang roti canai tu. Yang aku masih ingat kalau mod dia baik, akan dibungkus roti telur, kalau biasa roti kosong. Mungkin roti telur lebih special, RM 1.50. Roti Kosong 50 sen.

Dulu kau fikir mesti sebab dia marah kau ke, kalau mod dia tak baik, tp bila dah dewasa baru kau taw. A lot of thing can go wrong.

Tapi anak anak aku tak suka roti telur. Dia tak tahu roti telur tu special.