20240419

Mengangkat Darjat

 Aku pernah dengar yang tuhan akan mengangkat kedudukan seseorang tu lebih sikit dari yang lain. Pertama kali, ia seakan bunyi yang bongkak untuk rasa kita ni lebih dari yang lain tetapi kalau kita teliti ia adalah untuk kita bersyukur dan lebih lagi beriman kepada-Nya.

Hari ini, kalau kau cakap wang 10 ribu dekat aku, aku tak rasa apa. Bukanlah ia sikit dan mudah tapi sebab engkau dan biasa buat transaksi lebih dari itu kau dah rasa biasa. Bayar deposit kereta tiga puluh ribu begitu tapi bila fikir balik banyak pula bila orang lain nak bayar duit rumah empat ribu sampai bertahun tak selesai. Hikmah nya bila ada orang yang nampak memerlukan bawah 10 ringgit, aku bagi je la. Bila nak belanja makan, keluar je duit berbanding dulu.

Dulu nak isi minyak kereta, nak servis kereta berkira. Kini, kau bukan naik  kereta untuk bergerak dari A ke B. Kau nak selesa, cantik dan bergaya. Bila bawa kereta yang biasa, kau tak selesa. Ini bukan untuk berlagak, ia untuk bersyukur dengan peluang yang tuhan bagi.

Sebelum ni bila kau membesar, sekolah, orang yang lebih tua, lebih besar akan rasa mereka lebih hebat. Tapi harini bila kau berpangkat, sesiapa tua besar mana pun akan panggil kau boss. Dia takkan seberangan dengan kau. Itulah bukti tuhan dah angkat kau lebih sikit. hargai lah Nya dengan terus berusaha dan menjadi lebih baik.