Ramadhan 1442H
Aku tak ingat bila first aku pergi terawikh. Ada satu tahun aku masih sekolah rendah. Mungkin darjah 1 atau 2. Terawikh dekat Surau Taman Jambu. Abah bukanlah orang yang pergi masjid setiap malam. Tiba tiba dia ajak aku pergi masjid malam. Aku budak yang tak tahu apa ikut sahaja. Mula mula blur juga apahal siang dah lah puasa malam kena pergi surau. Benda yang buat aku kagum dengan terawikh ni bacaan antara setiap rakaat. Masa tu ada seorang pak cik tu suara dia merdu baca benda ni. Memang aku kagum. Bagi aku selagi aku tak dengar benda ni memang tak ada feel bulan puasa.
Ada satu tahun aku terawikh dekat surau seksyen 7 bilal dia baca flat je. Potong stim betul. Biasa memang kami buat 8 rakaat. Kalau 20 pun bila dah 10 malam terakhir. Aku dengan Abah bukan jenis beriman tinggi sangat pun tapi ada satu tahun kami buat gila. Kami buat 20 rakaat straight sebulan. Legendary. Aku tak ada la nak cakap aku hebat tapi terawikh ni memang tak ada rasa apa beban pun dekat aku. Tapi aku buat at my own term. Jangan kau memandai pergi buat ceramah lepas 4 rakaat ke memamg aku balik lah. Ada surau terlebih bijak pergi baca 2 pages satu rakaat. Ada imam yang terlebih khusyuk dia bantai sujud 2 3 minit. Lebam dahi tahu ke tak.
Kadang kadang aku wonder ada orang dah umur 40an 50an tak ada rasa pun nak pergi terawikh. Benda tu boleh buat sebulan je dalam setahun tapi kau prefer berehat lepas perut kenyang. Mungkin diorang tak ada kesedaran.
Aku harap aku dapat implement benda yang sama dekat anak anak aku. Maybe terawikh boleh jadi their sweet memory of me when i'm gone.