Duduk di shoplot mentiga jaya. Jam dah pukul empat. Adik tak turun turun dari pintu nombor dua deretan ini. Dari bawah didengari suara ustaz memanggil satu persatu nama. Biasanya pukul dua setengah naik ke atas pukul empat turun. Kalau abah datang awal boleh la minta balik awal. Dalam sejam tu adala tiga kali ustaz panggil baca depan dia. Ustaz ni kadang kadang garang juga. Kalau tak takkan la adik siap menangis mula mula dulu. Tiba tiba tangan dihulur minta duit ais krim. Aku pun bangun dari kerusi di bawah. Rupanya dah dekat sepuluh tahun aku tak mengaji dekat sini.
Showing posts with label Old Days. Show all posts
Showing posts with label Old Days. Show all posts
20120213
20111002
EKSTRIM
Lu taw apa ini Circa ? Benda ni start lepas aku meninggalkan sekolah asrama penuh masa tingkatan satu. Ni zaman gelap. Masa tu selang sebuah rumah lama aku ada satu rumah budak budak ikm. Petang petang diorang duduk depan rumah main gitar dan berpapan selaju. Papan selaju ialah skateboard. Mula mula aku duduk perhati je. Lepas tu dah mula pinjam test power. Nak naik pun dah cukup susah. Lutut dengan jalan tar asyik bercumbu. Tapi menengokan diorang buat flips sampai terpatah patah board tu. Berdarah berdarahlah apa kisah. Lepas dah agak boleh berbangga diri aku pun start kumpul duit nak ada board sendiri. Nak hawk, Birdhouse jauh sekali. Time tu kalau lu pakai Climax pun orang dah woo.. Seingat aku la board 1st tu harga dalam 50 macam tu. Itu macam berlapar nak beli. Main dengan belanja sekolah 2 ringgit sehari. Tambang bas dah 50 sen. Adik gua darjah tiga pun dapat 2.50 satu hari. Siap ada bajet belanja awek lagi. Dekat kawasan rumah aku tu taman tasik la tempat paling best nak skate. Dia punya ledge banyak dekat area menara tu. Flatland pun cantik lagi dulu. Ada orang siap derma rail lagi. Feeling masa dapat buat kickflips mendarat cantik punya memang heaven. Boleh senyum dalam tidur sampai ke pagi. Lepas aku tukar sekolah masuk asrama benda benda ni jadi hilang. Board entah kemana body BMX tu pun ada ersadai dalam stor. Circa ni jenama tersohor dalam scene skateboard. Chad Muska rider Circa. Muska out of this world punya trick tu sebab dulu gua hajat nak ikut dia. Asal gua tulis benda ni. Sebab gua tengah pakai jeans Circa lama gua. Muat lagi. Hahaha
20110908
THE ART OF COCONUT
The Art of Coconut Measuring "Seni Mengukur Kelapa"
This is an art to remove the coconut flesh so we can take it milk.
Generally the milk is used for cooking purpose.
It is a forgotten art. Not many people now know how to perform this art now day.
You need the courage dare to do it.
People back there used to do it manually it a hell of things. Fun to watch but take a lot of time
and provide you with a lot of back pain.
I'll prefer to do it the urban way with this machine it more Mencabar la.
You take a wrong step and you are dead on the sharp spike spinning donut.
The coconut shape and size effect the challenge for this art.
As if the the coconut hole is deep than the task become harder.
You need tho shave the coconut until it is completely bald. The final product should
Look like they have a rasengan swirl. If a cakar ayam style than it's means you are not power enough. Practice make perfect then. Well if you live in my house you will get a lot of practise.
Especially during the festive season.
This is what i can explain about the art of coconut. The aren't scientific and far from historical channel style. You had to do it and then you know why it is not very enjoyable
So when you are power enough you can do it like this.
As i said it "Sebelah tangan je boleh takat mesin kelapa ni."
20110816
KULI PEKERJA BOS
Ni hari ke enam belas aku dah tidak bekerja baru reti nak cerita dekat sini cerita kerja aku. Cuti berbulan bulan ni semua sibuk nak kerja tak kurang yang nak duduk puas puas dekat rumah. Lepas final exam aku tak balik rumah tak nak buang masa nak kerja.Haha. kerja 1st aku tu dekat kilang Panasonic. Aku kerja dengan membe aku mintak terus dapat. Masuk kerja 730 pagi kerja 12 jam dapat la 40 ringgit macam tu sehari. tu belum overtime lagi kerja ahad gaji double lagi. Mesti dapat jugala seribu kacang kacang je. Kepala hotak kau datang awal macam tu bila aku nak tidur nya kerja dah la lama gila. Seminggu je kami chow.Haha. Apa aku nampak dekat situ orang orang kat situ dah tak adahal dengan dua belas jam sebab diorang dah terdidik dengan cara membazir masa dengan baik. Merayau, tidur dalam stor, pak cik pak cik pergi minum kopi. Semua dalam otak yang penting hujung bulan gaji masuk.
Lepas tu kami kerja lain pulak. Jumpa la dengan benda nama Unifi. Apa unifi google la sendiri ya. dengar mula mula memang menarik dapat 20 customer dapat up basic siap berkomisyen lagi. Sebulan ada 30 hari takkan tak boleh dapat 20 ya dak. Try kerja tengok. Aku start 27 May 2011 mula mula kerja aku dekat carefour seksyen 23 tu. Dekat situ la aku kenal buck, ojeck GSM , akak kedai lima ringgit. Awek kedai handphone, guard guard carefour tu. Supervisa aku nama dia Tong dengan bos kecik, Hazril dan bos besar Izat. Diorang ni semua tak nak kerja susah tapi duit nak banyak. Time ni memang kami kuli la. Berdiri dari datang sampai balik. First two days sorang customer pun tak lekat. Relax je kuatkan semangat. Hari ketiga kami makan tujuh customer terus dan bermula la masa masa gemilang. senyum je bekerja. Haha. Bulan enam barula terasa aku ni sebagai pekerja. Time ni aku tak duduk dalam dah. Dah kena merayau duduk luar dengan saga kereta kebal tu. Hidup makin adventure la. Rasa la kau tengah panas makan asap kereta lalu. Biasala dah pandai datang lambat. Lepak lepak kedai minum dengan tong. Merata aku pergi damansara, subang, Shah alam dengan klang tu tak yah cakap la. Pengalaman hampir mati dekat jalan pun banyak nyaris masuk bawak trailer tak pun langgar pintu porche lagi. Nasib tuhan sayang lagi.Haha. Last last bulan tu dapat la aku 15 je. Itupun last last aku usaha keras tu nasib membe membe membantu.
Dah masuk bulan tujuh, dari sini aku belajar rupanya Unifi ni boleh buat lebih lagi. Sepatutnya aku boleh dapat lebih lagi dari takat 50 komisyen yang bos aku kasi tu. Start dah pasang angan. Gua mencari bos yang besar yang mampu bayar lebih. Membe membe unifi pun ramai dah. Phone pun bila berbunyi kalau angkat mesti orang "Hello bos" dah. Belanja minum tu kena ringankan poket la. Aku collect sale diorang dan hantar dekat tempat yang mahal. Nampak memang senang tapi deal kena pandai, cakap kena baik, sistem kena ada. Diorang pun semua okay lancar la juga sampai ke hujung bulan. Time ni kerja aku yang asal tu jalan macam biasa. Gaji basic aku tu kena jaga. Hati bos kena jaga lagipun tong tu dah macam membe aku dah. Kerja macam ni banyak kerenah ada hari kena meeting. Hati customer kena jaga hati bos yang membayar kena jaga. Siap ada satu pagi Mak datin call complaint unifi sambil aku tidur. Haha. Overall bulan tu makan besar la juga. Tapi hidup sendiri tunggang langgang jadinya.
Apa yang aku kerja sepanjang cuti ni memang makan dalam. Selain dari modal yang aku dapat buat support project akan datang. Aku belajar banyak benda. Apa maksud hidup tersepit, macam mana jadi kuli. bila jadi bos otak kena pandai. Aku dapat ramai membe baru boleh lepak gelak gelak. Apa rasa pegang duit. Berapa ramai orang mampu bercakap sahaja. Dan kenapa orang bila dah kerja boleh jadi gemuk.Haha.
20110710
TAHNIAH MAMA ABAH
Bila lu tengok mamat bertindik pakai skinny baju metal topi Supra dekat gig duk menarik awek mekap cair. Kalau yang bertudung lilit tu serabai habis dah. Winston menyala di mulut. Gua senyum je. Ada lagi tempat kosong untuk gua dekat syurga tu. Tak rosak manala gua ni rupanya.
20110204
TINGKATAN EMPAT
Aku keluar pergi MRSM Pengkalan Chepa. Dekat Kelantan. Terus terang tak boleh hidup la. Diorang cakap memang aku tak faham la. Makan lagila semua manis je. Mee Sup pown manis weh. Dekat situ budak budak luar memang kena buli la. Semangat negeri kuat sangat la situ memang kena pandai buat membe baru boleh hidup. Satu yang best dekat situ awek cun gila. Dalam homeroom aku je dah dua tiga orang. Tu kalau keluar outing bandar Kota Bharu lagila. Seronok la cuci mata. Dekat sini la aku kenal benda nama rugby. Tapi duduk situ satu semester je la sebab subjek reka cipta yang aku amik dah tutup kelas dekat situ. Semester dua Masuk MRSM Tun Ghaffar Baba, Jasin.First time datang nampak oldschool habis. Budak budak nampak dedicated habis la belajar. Dah nama pown sekolah number satu dalam Malaysia. Cikgu semua berdisplin. Mak cik dewan makan semua muka ketat. Mula mula dekat situ macam macam orang la aku kawan. First week dekat situ dah fly. Main ikut membe nak pergi beli topup la makan la. Fly tu benda biasa la. Dekat situ dah la keliling kawasan dusun. Tepi jalan ada orang jual pisang goreng.Memang best la goreng pisang dia. Kalau jalan pergi bandar Jasin ada snooker, pasar raya lagi. Kalau rajin sampai bandar Melaka la aku fly. Memang full of life la. Dekat sini memang nampak sangat la masalah senior junior. Senior memang bajet habis la depan cikgu baik belakang syaitan. Senior tengok aku perangai macam haram memang selalu la kena tarik pergi meja bulat diorang tu. Tapi diorang tak berani nak touch la. Last sekali diorang pedajal aku pergi suruh cikgu lantik aku jadi Lembaga Disiplin Pelajar macam pengawas la. Tak pasal je. Last sekolah sebelum spm form four dengan form five gaduh. Itu memang riot gila la. Siap ada polis lagi. Esok nya tak belajar. Perintah berkurung. Masa semester dua form four aku belajar dalam kelas 404. Dia ada 18 kelas semua nya. Aku rasa orang dalam kelas ni ada dua jenis. Nerd dengan penjenayah. Yang nerd semua nak ilmiah. Maslahah gila. Aku belajar dah la tak faham sangat. Susah lagi malas lagi. Last Last hujung semester dapat 3.06 je.Sentap.
20110203
SEKOLAH MENENGAH
Form two aku kembali ke Sekolah Dato' Mahmud Mat. Kali ni masuk kelas number dua plak. Kelas ni memang meriah habis la.Sekolah sini sebenarnya bukan tempat belajar pown. Kau masuk kelas ke tak pown tak ada beza nya. Otak kosong. Dia banyak fokus aktiviti sampingan la. Ponteng kelas, bersiar siar, dating, dan lepak kedai keropok dekat hujung simpang. Kedai ni plak keropok die memang addicted habis la. Wajib la balik sekolah lepak situ. Dah la waiter dia semua perempuan.Petang biasala pergi main bola dekat sekolah rendah lama aku. Time tu dah start taw pasal player player la club club la. Lagi satu aktiviti petang bermotosikal la. tapi abah aku mana kasi nya aku motor motor ni. Jockey motor orang la. Kalau menang race ni bangga habis la. Hebat semacam je. Sekarang Gelak je tengok budak budak main motor. Rosak aku time ni. Hari hari kelas banyak sangat dekat luar nya. Cikgu bukan kisah sangat nya. Kalau yang membebel tu pown tak ada sapa layan pown.Gaduh Gaduh dekat sekolah tu benda biasala. Kau kuat sikit pandai cakap sikit ada la orang ikut belakang. Kegemilangan gangster sekolah la time tu. Tak lama la masa form Three orang orang bawah ni stat rebel la. Diorang dah mula nak merokok la mencuri la. Jahat jahat aku ada limit la. Idak nya buat benda macam tu. Ate mereka pown merebel, Dapat la aku rasa kena penumbuk satu. Sakit Cb sampai sekarang aku ingat. Lepas tu aku dah malas nak fikir. Baru perasan ada PMR. Sekolah tu macam tu la. Aku malam malam la belajar sendiri atas katil tengok buku. Kira PMR tu do or die la. Tak nak aku duduk sekolah ni sampai habis.
20110202
TINGKATAN SATU
Aku dah sekolah menengah kowt. Bangga je mula mula. Dalam kegemilangan sekolah rendah tu last last aku tak dapat tawaran mana mana pown.Masuk la sekolah biasa tapi dia kena wajib duduk asrama la. Tak rasa apa apa pown sebab otak penuh dengan rasa teruja ni. Makin lama makin ramai orang keluar pergi tempat lain. Aku pown feed up aku pown join sekali keluar. Lepas tu masuk Ahmad High School. Seminggu je la sebab sekolah petang pancit aku.Haha.Lepas tu pulak masuk sekolah Dato' . Duk situ takdehala. Bahagia je.Belajar pown tak ade rasa apa la sangat. Membe membe pown ramai.Tetiba je dalam bulan Jun ada tawaran SBPI Pekan. Masuk je la. Time daftar aku dengan parent aku sama sama pelik apahal kena beli buku teks Bahasa Arab plak.Tu la start ngeri dia. Aku ada sumpahan tak boleh belajar Bahasa Arab ni. Time exam memang meniru habis la. Cikgu pown pelik je Exam kejap terer habis kejap hancur. Sekolah tu sekolah agama habis la. Lelaki perempuan tak boleh makan sama belajar sama. Kena hafal yassin semua. Sembahyang jangan cerita la. Kat situ ada sistem merit kesalahan la. Dalam ramai ramai form one aku punya paling tinggi. Kena la buat kerja amal la apa la. dalam agama sekolah tu dekat situ la aku kenal Green Day, Rancid tupac shakur lagi.Tu semua dakyah senior la. Kagum je. Classmate aku rasanya semua nerd la. Belajar je memanjang tapi rasanya tak la pandai pandai juga.Haha.Aku lak bodoh camtu la. Point dia sekolah ni ngeri. Dalam form one aku dah masuk empat sekolah.
20110201
SEKOLAH RENDAH
Aku sekolah rendah dekat SK Peramu jaya tahun 1998 kowt. Tu kira sekolah barula. Padahal ada lagi sekolah lain yang dekat. Alasan dia sebab sekolah tu pelajar dia pakai tie. Sekarang try kasi tie tengok aku pakai tak.Haha. Sekolah rendah apala sangat bangun pagi belajar rehat makan belajar balik. Aku rasa aku belajar dengan cikgu sama je dari darjah satu sampai enam. Macam tak belajar pown ada. Homework mesti nak siap punya. Siapa boleh siapkan time kelas terus tu kira cool la. Periksa pown tak rasa apa apa. Hujung tahun orang cakap muka dia ni lagi naik pentas. Balik sekolah la kalau best . Main kejar kejar main ice. Ice ni macam main kejar kejar la tapi kau kena tag semua orang kasi beku. Time sekolah kalau suruh lari ke main bola ke aku lah orang nya. Try suruh bercerita tak pown berpidato sure pengsan dekat stage tu. Tu sebab aku tak jadi pengawas kowt. Kalau nak bercakap dengan perempuan lagila tak nya. Takut Habis la. Pondan je selalu cakap dengan perempuan time sekolah rendah la.Haha.Hidup sekolah rendah simple sangat. Dah la banyak kena pengaruh dari tv. Balik rumah tengok rugrats hujung minggu ada Doraemon. Bodoh bodoh aku tak layan Ultraman la sebab Ultraman tu power dia limited.Tak Best. Dulu orang tanya besar nak jadi apa mesti jawab jurutera la. Kerja dia buat buat bangunan macam Lego tu. Kalau taw macam sekarang ni mesti dari dulu dah aku tukar cita cita.
Subscribe to:
Posts (Atom)



