Hari ini birthday Amier Shahriel yang ke sepuluh tapi dia gayanya masihla macam empat tahun. Birthday wish nak makan mama belanja pizza abah belanja ikan stim. Yang ni jadi petang tadi masa dalam kereta.
Abang : Macam mana kalau adik tak lahir harini ?
Adik : Tak adala adik kat dunia ni.
Abang : Kalau lahir jadi anak orang lain macam mana?
Adik : Mana boleh adik kan lahir dari DNA abah dengan mama
Abang : Kalau lahir jadi anak yong nak tak?
Adik : Tak nakla tak best langsung
Abang : kalau lahir jadi orang cacat macam mana?
Adik : Tak nak la nanti susah je.
Abang : Orang cacat la bagus tak sembahyang boleh masuk syurga.
Adik : manada. orang sakit pun kena sembahyang.
Abang : Tapi kalau dia cacat semua tak ada. Macam mana nak sembahyang haaa?
Adik : Wan nak ke jadi cacat ?
Abang : Boleh masuk syurga free.
Adik : Tapinya kalau cacat tak boleh bawa kereta tak ada girlfriend cantik tu.
Abang : "=,=
Sebagai revenge gua letak gambar dia masa masuk hospital lima jam paling menyedihkan dalam hidup dia sampai dia dah tak boleh nak menangis. Haha.