20251219

Roti Telur Roti Kosong

Aku dan Min dah duduk di rumah sendiri sejak aku darjah 1 macam tu. Kami pernah duduk rumah penjaga setengah hari sahaja. Kami bosan kami decide nak balik rumah.

Bila hari cuti, abah akan belikan sarapan kami bangun tidur makan. Dia akan keluar pergi kerja. 90% daripada nya ialah roti canai. Dulu mamak tak ada, aku pun dah lupa mana datang roti canai tu. Yang aku masih ingat kalau mod dia baik, akan dibungkus roti telur, kalau biasa roti kosong. Mungkin roti telur lebih special, RM 1.50. Roti Kosong 50 sen.

Dulu kau fikir mesti sebab dia marah kau ke, kalau mod dia tak baik, tp bila dah dewasa baru kau taw. A lot of thing can go wrong.

Tapi anak anak aku tak suka roti telur. Dia tak tahu roti telur tu special.

20251101

1 NOVEMBER 2025

 Selepas 28 hari Assad lahir tahun lepas baru aku menulis, ini selepas 23 hari Assad genap umur setahun baru aku menulis lagi.

Assad anak yang berbeza, bongsu tapi ada semangat tersendiri. Orang lain tak pernah masuk wad, dia masuk wad. Umur setahun tapi gaya tak sabar nak besar. Semua yang abang buat semua dia nak buat.

Tahun lepas aku terfikir kenapa tiga lelaki. Hanya masa akan menunjukan. Mungkin mereka akan membina sesuatu bersama atau sendirian. Umpama 1 pistol 3 peluru, Mungkin 3 akan mengena atau mungkin tiga peluru the odd to hit better.

Abah bermula hampir kosong, tiada ijazah tiada sijil yang membantu dia jadi kontraktor. Dia bina semua sendiri. Sejauh yang dia mampu dengan apa dia ada. Kini aku mampu berdiri dengan ilmu aku, dengan apa aku ada. Langkah aku lebih panjang lebih gagah.

Aku tak pasti sejauh mana apa aku buat inspire mereka. Mungkin mereka tengok apa aku bina sekarang penat dan susah. Mereka tak nak. Mungkin mereka rasa ini hebat dan ingin jadi sepertinya. Tak ada paksaan kerana aku tahu, engineer, kontrakor, businessman terhebat tak boleh dipaksa. Hati perlu nak dahulu dan sanggup hadapi semua ini.

Aku cuma berharap 3 peluru ini mampu pergi lebih jauh. buktikan apa yang abah dah tinggal tidak sia sia. Walau Assad yang setahun, Rauf yang banyak merepek dan Aaron yang baru nak kenal erti susah hidup. Kita perlu pergi lebih jauh. Jika aku mampu sampai buat projek sehingga 10 juta senderi. Mereka perlu lebih lagi. Bina asas yang lebih kukuh untuk keturunan kita,

Ini semua bermula dari kecil seorang bayi setahun. Selamat Hari Jadi Assad Raaif

20250122

34 Tahun

    Lagi 4 hari nak jadi dengan rasmi nya 34 tahun. Aku pun tak tahu apa aku patut rasa. Aku sentiasa melihat hari jadi dengan apa aku dah capai sepanjang setahun itu. Umur 33 tahun apa yang aku capai ? Aku rasa sangat banyak. Apa yang aku tak berjaya capai pun banyak juga. Aku tak juga rasa bangga atau kecewa.

    Apa yang aku rasa, aku rasa matang. Aku tak cepat melatah, aku cuba letak itu dalam kawalan. Aku tak gila mengejar duit tapi aku sentiasa memastikan ia cukup dan menjaganya. Banyak lagi yang aku perlu buat untuk capai supaya aku tak bazirkan umur ni. Aku pun mengharapkan aku dah gunakan lebih banyak masa untuk keluarga dan diri sendiri. Anak - anak semakin cepat membesar. Aaron dah masuk darjah dua, lagi dua tahun Rauf akan masuk sekolah rendah dan tanpa sedar Assad akan masuk taska. 34 sudah separuh jalan hampir ke 40 tahun. Aku ingat lagi dahulu Abah ada highlight umur 40 dia. Aku pun perlu bersedia ke arah 40 tahun.

    Aku dengan Yasmen pun perlu ubah cara kami. Sebelum ni mungkin layan anak - anak seperti anak kecil. Selepas ini, mereka dah hampir dewasa kami perlu membentuk jiwa mereka. Aku tak nak mereka jadi generasi lemah seperti yang ada harini. Siapa yang lemah harini akan jadi yang dipijak lagi 10 tahun. Kami pun perlu mengutamakan hubungan kami. Perkahwinan ini perlu sentiasa ditambah baik kalau tidak kami hanya akan jadi pasangan yang hanya kawin sebab dah kawin. 

    Aku tak ada banyak nak tulis, tapi aku menulis sebagai satu cara melepas diri. Ada masa idea ada tapi tak menulis.


20241106

6 November 2024

A lot had happened. Banyak benda yang buat aku reflect hidup ini. Cuma baru ada masa hendak menulis. Aku seorang yang belajar agama dan ketuhanan melalui hidup aku, bukan orang yang pergi ke sekolah agama atau ceramah.

Pelajaran ini dah banyak mengubah hidup aku dari seorang yang tak boleh dengar dan terima, kepada yang dengar, fikir dan tak cepat melatah.

Aku dah ada tiga orang anak lelaki. Mungkin orang akan cakap kenapa tak perempuan. Tuhan tahu aku mungkin boleh jaga anak anak lelaki, mungkin tak sesuai untuk anak perempuan. Mungkin mereka bertiga ada tujuan yang lebih besar pada masa hadapan, dengan mereka bertiga barula tujuan itu dapat dipenuhi. 

Kenapa tiga lelaki sekarang ? At first we thought of honoring abah by having a child born in the year of the dragon. Mungkin juga kami rasa pengalaman dengan dua anak ini dah cukup mengajar untuk tiga anak. So far, having two kids look like the right fit for us even with it up and down. Aaron anak yang kami berusaha nak dapatkan, ada moment yang bila dia tak jadi kami kecewa, Rauf anak yang jadi at the right moment. I can't remember any major issue during pregnancy but one he get out he is really a pain in the ass. Assad anak yang it just happen, pregnancy was a lot of challenges. Aku rasa kalau yang pregnant tu bukan Yasmen mungkin orang tu dah give up dengan hidup. 

Ada ilmu ini pun satu sumpahan. Namun, tak boleh nak salahkan tuhan bagi kita ilmu. Ia sumpahan yang mana kau dapat nampak apa akan berlaku dan apa yang perlu dilakukan.Ia pun sumpahan yang mana kau ada keperluan untuk guna ilmu kau buatkan dia sampai jadi macam mana kau nak. Ada juga yang memilih untuk buat tak tahu sahaja hidup tanpa guna ilmu dia. Itupun sumpahan juga.

Sekarang aku hidup dalam penuh tanggungjawab kerja dan perkara perkara yang perlu dibuat. Dah lebih setahun otak aku tak pernah kosong yang dia boleh total shut down vacation mode. Takdir Yasmen lah melahirkan Assad dalam keadaan ini. Ia juga mungkin rezeki dari tuhan yang kami masih tak tahu.

Assad Raaif Day 28

Walau bagaimana pun aku tahu semua ini dah tertulis untuk suatu yang lebih baik jika kami dapat lalui nya.



20240419

Mengangkat Darjat

 Aku pernah dengar yang tuhan akan mengangkat kedudukan seseorang tu lebih sikit dari yang lain. Pertama kali, ia seakan bunyi yang bongkak untuk rasa kita ni lebih dari yang lain tetapi kalau kita teliti ia adalah untuk kita bersyukur dan lebih lagi beriman kepada-Nya.

Hari ini, kalau kau cakap wang 10 ribu dekat aku, aku tak rasa apa. Bukanlah ia sikit dan mudah tapi sebab engkau dan biasa buat transaksi lebih dari itu kau dah rasa biasa. Bayar deposit kereta tiga puluh ribu begitu tapi bila fikir balik banyak pula bila orang lain nak bayar duit rumah empat ribu sampai bertahun tak selesai. Hikmah nya bila ada orang yang nampak memerlukan bawah 10 ringgit, aku bagi je la. Bila nak belanja makan, keluar je duit berbanding dulu.

Dulu nak isi minyak kereta, nak servis kereta berkira. Kini, kau bukan naik  kereta untuk bergerak dari A ke B. Kau nak selesa, cantik dan bergaya. Bila bawa kereta yang biasa, kau tak selesa. Ini bukan untuk berlagak, ia untuk bersyukur dengan peluang yang tuhan bagi.

Sebelum ni bila kau membesar, sekolah, orang yang lebih tua, lebih besar akan rasa mereka lebih hebat. Tapi harini bila kau berpangkat, sesiapa tua besar mana pun akan panggil kau boss. Dia takkan seberangan dengan kau. Itulah bukti tuhan dah angkat kau lebih sikit. hargai lah Nya dengan terus berusaha dan menjadi lebih baik.

20240312

1 Ramadhan 1445

    Semakin lama aku hidup, semakin banyak aku berfikir. Mungkin itu hanyalah benda yang aku rasa betul atau itula suratan kehidupan. Kebenaran cuma akan keluar nanti bila semua ini berakhir.

    Bila Abah pergi, pelbagai perkara keluar. Menyalahkan takdir, tak boleh terima, serba tak kena. Mungkin aku tak jalani keseluruhan hidupnya tapi menjadi seorang ayah dan suami, sedikit apa dia rasa mungkin aku rasa.

    Tuhan memanggil nya pergi kerana sudah sampai masa nya. Dia sudah berlawan sepanjang hidup nya. Segala sakit, parut dan letih. Orang biasa mungkin tidak faham, kadang nampak bodoh, kenapa kita nak bekerja hari - hari kumpul duit untuk apa ? Akhir nya kita mati, kita tak guna pun. Namun ada pula yang sampai ke mati terpaksa hidup dalam kerisauan tak ada duit tak ada makanan.

    Tapi apa yang aku rasa sebagai ayah dan abah, kita ni jalan terus membuat duit mencari nafkah untuk anak - anak. Aku dah tak fikir sangat apa aku nak. Ada nampak aku nak beli, aku beli. Aku seperti terus mencari duit tanpa ada tujuan khusus. Bukan kerana tamak, dia seperti engkau telah automatik hidup mencari duit untuk anak - anak.

    Kini dalam diri ini, aku tahu aku takkan hidup lama, entah sempat 52 tahun seperti Abah atau tidak. Dulu aku panik aku rasa seperti terfuck up. Sekarang aku rasa mungkin memang cerita aku sampai situ sahaja. Aku dah buat apa yang patut aku buat dan aku rehat dari keletihan ini. Selamat tinggal dunia, hiduplah anak - anak dengan apa aku tinggalkan. Cari la dunia kamu sendiri.

    Aku tak tahu macam mana Abah pergi sebab dia tidak sakit lama seperti orang lain. Dia pergi dengan hanya kami mengucap di telinga Nya tanpa dia sedar. 5:30 petang dia pergi pada hari Sabtu. Bagaimana sakit dan azab dia pergi tiada siapa yang. Cuma tak ada siapa nampak badan dia luka ke, dia stroke ke, tiada penampakan fizikal. Ada yang mati perlahan - lahan sehingga jadi jasad tak bernyawa. Mungkin itu rezeki Abah, dia pergi tanpa siapa tahu apa dia rasa. Aku yakin Allah tahu, Abah sudah buat apa yang dia mampu, sampai masa dia berehat. Kelak masa aku akan sampai.

    

20240107

Sesuatu yang Lebih Besar

Dari mana datang kesedaran ada sesuatu diluar sana yang lebih besar dari kita. yang dipanggil tuhan. Mungkin tuhan kau dan dia berbeza tapi akan ada masa dari dalam ada sesuatu yang lebih besar yang mengawal semua ini.

Yang menentukan keadilan, ganjaran dan hukuman. Yang mengetahui apa yang patut diberi dan diuji. Aku tahu aku bukan yang paling beragama tapi walau macam mana malas dan jahil aku tetap rasa aku kena menyembah nya pada lima waktu wajib itu. Itu yang paling kurang untuk aku beri.

Aku tahu apa yang aku ada sekarang adalah atas usaha aku dan izinnya. Dia yang menentukan kecukupan yang diberi kepada kita dengan usaha kita. Bekerja seperti kita akan hidup seribu tahun, mungkin tuhan akan bagi secukupnya kepada kita sehingga akhir hayat.

Aku nampak kesenangan kadang akan buat kita leka dan lupa. Lupa kepada Nya, lupa kepada susahnya kita dulu, lupa untuk terus berusaha.  Saat kita lupa, segalanya akan hilang. Hilang selamanya musnah.

Saat itu berlaku,salah siapa? Tuhan yang maha adil sudah menentukan cukup nya kita, sejauh mana kita menjaga hubungan dengan nya dan dia akan menjaga kita. Bila kita terjaga kita tahu ada sesuatu yang lebih besar dari kita.

20231228

Family Economy

    I might not be the most friendly of a person or the most caring to be around. I noticed that I had a habit of "working up" with people around me. Sometimes it felt like a pet project of giving someone some assistance and watching this individual improve. It would feel like my own winning when this person achieves his goal.

    However, I've also realized that it's not always possible for everyone to reach their desired level of success. It used to make me feel depressed when my projects didn't succeed. It feels like I am the one losing even thou physically I am not losing anything at all. Only maturity makes me realize that not all people are destined to reach a certain level. Maybe their success is at that level only.

    If all success levels are the same then who is the one going to the normal daily route. If you want to achieve a higher level of success, you can't rely on the same strategies and effort as everyone else. You need to find an alternative and work harder than others.

    Most people work eight to five and hope to retire with enough money to get by. They spend what they have in their retirement fund when they retire, take simple odds jobs to survive, or hope on their kids to help them. Is that what you want? No. you wanted to retire early, you wanted to buy what you wanted and have a hefty saving for retirement.  All this would not be happening if you just worked out eight to five and later complained that you were not earning enough and life is hard. You have no choice actually, you have to hustle until you make it. Find an alternative, and work longer hours. That makes you different from others.

    Running a family economically is similar to business if you notice. Each individual is like an entity in a business chain. It required to be set to a certain extent to make it work. Of course, we have our value and love as a family member that we need to take into account. Blindly running the family based on love only would not make it. One of the principles that I hold to, is true that as a husband you need to provide for the family. It is a tradition but does that make a wife do not have any requirement to provide? Then what is the purpose of all the women seeking equal rights? 

    I firmly believe that no matter what is the condition as a wife you need to do something and earn your keep. Only after earning you know the value of money and you can appreciate it. Appreciating what you earn and have is the basis for keeping your house economy better. You might not earn more but at least you keep what you have from leaking out. Abah used to say "Easy money comes and easier it goes". It may sound funny but actually, it is how we appreciate it.

    Another one is the relationship between children and parents. Imagine a situation where when your parents raised you up and spending for you, you are actually on a loan with them. From day zero until you can earn on your own let's say that they had spent 100,000.00 on you. Then, it is right for you to pay them back. The amount may be subject to your economic power. The tenure is as long as your parent is alive. It a morally righteous for you to give back because anyhow your parent must have spent something on you growing up.  From a parent's point of view, growing up a kid is an investment. You grow them well, they are good economically they pay you back well. If you factor in love incorrectly, then you have a case of parents feeling that they cannot be too hard on their children, they do not want their children to have a hard life ending up supporting their children's lives.

    Acting professionally is not a sign that you are not loving or caring for your family. It is actually, your ways of giving them the rope to reach a better height.

20230603

Tua Berubah

Mungkin sudah terlalu tua untuk berubah,
Yang senonoh bermula dari dulu,
Tak semua ditakdirkan untuk mencapai.

20230421

Religious and Me

Even though I am not a religious person, I do believe that we need it. Religion gives us a thin edge line that said what we cannot do and out there every religion ask their follower to do good.

To think of it, being in Islam how should we carry out our application of Islam? Yes, Islam is a way of life, in anything that we do, there will always be if not more but a small part of Islam in it. I like to view life in contact of is religion carry out in sprint races orMe marathons.

From what I knew, in Islam, it did not matter where you start but the matter is where you finish. Do your good outweighs your bad when your life ends? How much good you should do, simply does it matter if you race at the school level of the Olympics. Does it matter if your act of kindness cost RM1 or RM1000? For sprinters, maybe you start a religious school, Tahfiz you memorise the Quran. By the knowledge you have, it should keep you at least on the right lane until the end. What if after that you stop practising or worse get involved with something shirik, it means you had to stop sprinting or even walking the race. Then, if you are a start and stop sprinter, maybe this month you practise a lot of Islam, then you stop for a while. I guess it is back to the rule, do your good outweigh your bad and do you die in Islam?

Marathoners, just continue their practice of Islam, the manipulative factor is their pace. Do they just walk or run in their practice? I see myself as a walking or maybe a crawling marathoner. I don't feel myself being a religious guy, having a beard, tabligh and all that.

Maybe I continue practice and maybe someday it improves.

30 Ramadhan 1444H

20230304

Kita Fighter?

Ada masa aku rasa aku di atas, aku ada semua, aku nak semua. Aku boleh fight untuk semua.

Ada masa aku rasa lemah sangat. Aku jatuh. Tak mampu nak buat apa. Aku akan jatuh senyap lepas aku cara jalan aku fight. Aku tak boleh terus jatuh dan terima.

Aku dihardcoded untuk fight. Aku tak tahu betul atau tak. Benda ni jadi macam begitu sahaja. Aku tak tahu dari mana dia datang. Betul ke. Mungkin semua orang mcm ni. Mungkin mereka fight dalam cara mereka sendiri. 

Aku tak boleh terima orang yang jatuh dan terima. Sampai aku kena cakap tak semua orang ditakdirkan berjaya. Ataupun berjaya mereka berbeza siapa kita nak hakimi.

Aku harap anak anak aku ada benda ni. Dan mereka boleh masukan dalam anak anak mereka. Dengan harapan, dalam segelintir yang berjaya ada mereka.

20230120

Sifir

Sifir ke tak Sifir ? 1 + 1 = 2. Hidup tak straight forward macam tu. Kenapala dia tak straight forward macam tu. Atau kalau dia straight forward hidup lagi susah.

Bodoh Malas = hidup susah. Tp ada masa orang rajin pun hidup susah. Ada masa orang bodoh nasib dia pulak baik. Susah nak cakap. Tapi better jadi pandai dan rajin atleast the odd better for us.

Jaga kesihatan, jaga makan, hidup lama? Tak tentu juga. Ni asyik risau pasal sakit. Ada orang makan semua benda, sakit ubat, sakit ubat, hidup lagi lama.

Sebab apa hidup tak ada sifir. Susah nak cakap. Tp aku, aku rasa maybe luck aku tak baik sangat. Memang aku tak ada takdir nak hidup lama lama. Haha. Nasib nasib.

20221029

Man Across The Table

A story of a man been working for 30 hard years at an iron mill. One day he was called to the office to meet the mill owner. They had a talk. At the end of day the man felt that there was nothing special with the owner. Even he can be like him if he decide to do something with his life this past 30 years.

When you look at your boss or people above you long enough you will knew whether he worth to be there or not. Also if you are ready to be there.

Then when the time come you need to show why you are there. That will commence respect. Your position is nothing if you are not fit to it. Deep down you know unless you are to stupid. The most stupid person out there if the one who did not know he is stupid.

20221005

Lumba ke tak Lumba

Hidup ni satu perlumbaan atau tidak ?

Waktu kita membesar semua start dari 0 dengan common goal dan kayu ukur yang sama. Tak kisah la kau nak jadi apa kayu ukur nya lebih kurang sama untuk umur kau at least sampai kau SPM. Kau boleh argue ada orang yang ada certain advantage dan kau tak ada tapi end of the day semua di ukur dekat kayu yang sama.

Aku memang against idea mansuh segala exam yang standardized. Pentaksiran sekolah lah, kemahiran insaniah lah that is bullshit. Walau apa pun kita tetap kena ada the basic knowledge. It is a race dan kau kena check all the points. Score all the A sebab kau cuma boleh lalu checkpoint tu sekali je. Mungkin certain orang tak kisah tapi the result akan bersama kau sampai mati.

Bila dah dewasa aku rasa dia masih berlumba. Mungkin kayu dia dah tak sama. Bila dah dewasa kau berlumba dan ukur dengan kayu yang kau sendiri set. Kalau kau berlumba dengan kayu orang lain kau takkan rasa tenang.

Kayu kau yang kau sendiri set apa checkpoint kau. Apa kau nak jadi, apa kau nak buat. Kalau kau tak set kayu kau sendiri hidup kau akan jadi static dan tak ada cita-cita. Dengan ilmu pengalaman baru kau tahu macam mana nak set dan capai checkpoint kau. Tanpa ini, mula la kau set benda yang mengarut dan kelakar.

Period ni period yang susah dalam hidup aku tapi aku belajar banyak benda dengan tengok orang.

20220903

6 YEARS OR 10 YEARS

 If you start counting from 3rd September it is 6. If really from 2012 then it is a decade. This might read selfish but if you are not responsible to take care of yourself then who would? Self started from one then it became two then by this time four.

I chose my wife who could support me to fulfill my life and dream. Life and dream also varies and changes over time. We had gone thru a lot since it started but people only see the good part but the bad part actually teaches you and makes you improve. Sometimes it triggers me when people said that we are fortunate, we have an easy life.  I can't understand how people see it but a lot of them said it. Maybe they saw us going places, living comfortably, and dining what we want.

In 6 years Yasmen had enough experience with our marriage till she had also evolved in the way she thinks at least. There is no easy way to achieve it unless you grind and work hard. It's a shame some people believe you can do it the other way around and still reach it. Yes, maybe with some luck. Sadis if you fail.

I look at anniversaries the same way I look at birthdays. What had we achieved and improved over a year? From 5th to 6th, I am still finding my way in my career. I earn less, but technically I feel I have more skill than before. Aaron has been better with reading and math, Akhtar has grown up more, and Yasmen I need to ask her.

For more years to come. May our life be better and better.

20220407

Take a Deep Breath and Jump

11 August 2014 - 7 April 2022
2796 Days = 92 months = 9 years

One day one Month one Year One, I still don't know what to expect but I knew it will be hard.

They say at least you know what you don't know. It was one hell of a ride but I never surrender. It felt that the 5 years bond would not end. But when you enjoy your work, you have things to look forward to time goes by fast. There is a moment when I felt that you truly believe in the company. You are willing to do anything for IJM.

I learned a lot here. At work, In life, I am a bit saddened to leave in this kind of condition knowing that I am leaving it to become worse. I am not saddened for the company because I know anyhow it will survive. I am sad for the people I left behind, friends and workers. Knowing they will suffer.

Now is the time for me to take a really deep breath and jump. This time the fight is real, but am doing this for our future. I have my goal. Now let's go for it. 

20211216

Anuar Redzuan

Masa 1st aku nampak kau masa kesatria. Annoying habis, kau punya kawad lagi teruk dari aku, Sebab kau, berapa kali kena ulang kawad.

Aku mula baik dengan kau lepas sem tiga atau empat. Tak ramai orang yang mampu tahan dengan aku dan aku tahan dengan dengan orang tu. Kita buat macam macam sama-sama. Aku nak kita naik sama-sama. Orang yang ada visi macam aku. Buat FYP, study sama. Walau cara hidup kita berbeza. Sangat-sangat berbeza. Aku pun tak tahu apa yang memegang persahabatan kita.

Alhamdullilah rezeki kau baik, ada benda yang kita study sama kau dapat lebih baik. Presentation FYP, IDP lebih baik. Aku ingat masa Abang Emy bagitaw pasal name list final untuk Sime Darby, Nama aku no 1, Aku cakap keluarkan nama aku, masukan nama kau. Aku ada peluang kerja lain. Aku tak tahu kau tahu tak benda ni.

Bila kau ada masalah sebelum bertunang aku cuba bagi penyesaian. Tapi kau masih dengan cara kau. Aku cuba ada untuk kau walau apa pun pilihan kau. Bila kau dah kawin aku rasa terpinggir. Kita kurang masa bersama. Kerja aku banyak makan masa. Kau lebih senang aku lihat. Bila abah pergi, aku rasa kau tak ada untuk aku, lagila aku nak bawa diri. 

Semakin kita menua, semakin nampak kita berbeza, cara kita berbeza, kita duduk makin jauh. Bila ada masa kita tetap duduk teh tarik bersama bercerita hidup masing-masing. Masalah masing-masing. Kita bawa keluarga kita buat benda sama-sama.

Aku kenal kau. Manusia yang menjaga barang sebaiknya. T-shirt bergosok, telefon tak bercalar, motor dibasuh, manusia yang kemas. Kau sangat sayang harta benda. Walau kita jarang berjumpa, aku nampak perubahan kau. Barang-Barang kau dibiar rosak. Coverset motor pecah. Telefon murah. Kita naik bersama tapi aku tetap aku, dengan siapa pun aku tetap bersaing. Aku nak menang tapi aku nak kau ikut naik juga. Aku nampak kau cuba berikan yang terbaik untuk keluarga kau. Kadang ada masa aku fikir banyak duit kau. Aku pun tak mampu. 

Tahun ni beberapa kali kau berbunyi pasal kerja. Aku faham bila keperluan kewangan kita meningkat kita perlukan lagi untuk teruskan hidup. Lagi-lagi bila orang lain dapat macam-macam. Rasa yang kau patut dapat lebih. Aku tahu kau bukan jenis pendengki. Aku cuba bagi beberapa cara tapi kau cakap tu bukan cara kau.

Kau baru dapat rumah baru. Anak-anak kita nak sama-sama membesar supaya kita boleh lihat apa mereka akan jadi. Sejak covid, baru berapa kali kita berjumpa. 

Aku minta maaf sebab aku lama tak bertanya khabar. Aku sibuk dengan hidup aku, tiba-tiba harini kau pergi begitu saja. Meninggalkan semuanya. Aku tak percaya. Kau patut ada. Kita masih belum cukup kaya untuk duduk box vip MotoGP, Kita belum cukup free untuk pergi trip bersama. Aku dah tak ada kawan lagi.

Aku tengok diri aku,

Aku melawan setiap saat, aku takkan meletakan hidup aku dalam tangan yang lain. Aku nak kawal semua. Tapi kau, kau meletak hidup kau dalam takdir tuhan.

Aku sayang keluarga aku tapi aku kawal apa yang aku mampu bagi. Aku takut aku kehabisan dan kami hidup susah. tapi kau, kau habiskan semua untuk orang lain.

Dulu aku rasa kerja aku susah, kau senang, kemudian, aku dapat lebih kau seperti tidak cukup, itu buat aku rasa bersyukur.

Dulu aku rasa tidak adil, Aku tiada abah untuk lihat aku berjaya. untuk bangga dengan aku. Kau dapat bawa ayah kau kemana yang dia impikan. Kemudian, Izz dan Anas kehilangan kau disaat mereka kecil, Aku sekurangnya hilang abah disaat aku mampu berdiri, itu buat aku bersyukur.

Berehat la sahabat. Aku percaya kau dekat tempat yang lebih baik atas segala kebaikan yang kau dah buat.


20211208

Grateful

What I am grateful for?
I have an understanding wife. I know I don't know how to express it. I choose her because she has all the qualities I wanted. A wife that suit you will help to push you forward. Understand all the things that both of us need to sacrifice and work to be better.

I have two good sons that I know both of us could mould to become great somebody. The kind of kid who would not go rolling on the floor at the mall. Learn to be motivated. They are more mature than their age. Understand logic.

I am not fat anymore and I still have a head full of hair. Others had lost it. 🤣

20211104

Stages of Engineer

Throughout 8 years as a site engineer, I had been in a few situations.

When I start at Radia, everything was still unknown to me. I start from zero. Yes, Abah was a contractor. I learn a lot from him but as an engineer, it was a whole new level. The scale of the project was way bigger.

I learn from everyone. I am lucky to have two experienced construction managers above me. They did not guide you directly but you can follow them and keep asking anything. I learn from workers. I learn from everyone. At Radia, there was one Senior Engineer. He was a mechanical engineer coming from the tunnel project with no experience with building. He had 5 years of working experience and he learn it quick. I said that I wanna be within 5 years.

Then, Kuantan. In a new place, I need to prove myself. Mr Cheng give me a series of tasks and point me in the direction that I need to improve. I learn a lot from him even the non-engineering stuff. I was promoted. As a senior, you got to prove your experience your knowledge. You are reliable. You can offer more. You need to be careful and do not do all those stupid stuff or people will question you.

I started to do planning, contract and liaison work. Then come the urges for the managerial pose. I prove to my boss I can do more. After 5 years I became an assistant project manager.

At that level, you need to look more ahead. Think at more angle. The way you talk needs to be different. You need to care for it from A to Z. I keep learning but I do not feel any requirement for me to prove myself. I now know what I am capable of.

These few days, I saw two people in these two stages. I am grateful that at both of those stages I made the right choice and met the right people.