20250122

34 Tahun

    Lagi 4 hari nak jadi dengan rasmi nya 34 tahun. Aku pun tak tahu apa aku patut rasa. Aku sentiasa melihat hari jadi dengan apa aku dah capai sepanjang setahun itu. Umur 33 tahun apa yang aku capai ? Aku rasa sangat banyak. Apa yang aku tak berjaya capai pun banyak juga. Aku tak juga rasa bangga atau kecewa.

    Apa yang aku rasa, aku rasa matang. Aku tak cepat melatah, aku cuba letak itu dalam kawalan. Aku tak gila mengejar duit tapi aku sentiasa memastikan ia cukup dan menjaganya. Banyak lagi yang aku perlu buat untuk capai supaya aku tak bazirkan umur ni. Aku pun mengharapkan aku dah gunakan lebih banyak masa untuk keluarga dan diri sendiri. Anak - anak semakin cepat membesar. Aaron dah masuk darjah dua, lagi dua tahun Rauf akan masuk sekolah rendah dan tanpa sedar Assad akan masuk taska. 34 sudah separuh jalan hampir ke 40 tahun. Aku ingat lagi dahulu Abah ada highlight umur 40 dia. Aku pun perlu bersedia ke arah 40 tahun.

    Aku dengan Yasmen pun perlu ubah cara kami. Sebelum ni mungkin layan anak - anak seperti anak kecil. Selepas ini, mereka dah hampir dewasa kami perlu membentuk jiwa mereka. Aku tak nak mereka jadi generasi lemah seperti yang ada harini. Siapa yang lemah harini akan jadi yang dipijak lagi 10 tahun. Kami pun perlu mengutamakan hubungan kami. Perkahwinan ini perlu sentiasa ditambah baik kalau tidak kami hanya akan jadi pasangan yang hanya kawin sebab dah kawin. 

    Aku tak ada banyak nak tulis, tapi aku menulis sebagai satu cara melepas diri. Ada masa idea ada tapi tak menulis.