20250122

34 Tahun

    Lagi 4 hari nak jadi dengan rasmi nya 34 tahun. Aku pun tak tahu apa aku patut rasa. Aku sentiasa melihat hari jadi dengan apa aku dah capai sepanjang setahun itu. Umur 33 tahun apa yang aku capai ? Aku rasa sangat banyak. Apa yang aku tak berjaya capai pun banyak juga. Aku tak juga rasa bangga atau kecewa.

    Apa yang aku rasa, aku rasa matang. Aku tak cepat melatah, aku cuba letak itu dalam kawalan. Aku tak gila mengejar duit tapi aku sentiasa memastikan ia cukup dan menjaganya. Banyak lagi yang aku perlu buat untuk capai supaya aku tak bazirkan umur ni. Aku pun mengharapkan aku dah gunakan lebih banyak masa untuk keluarga dan diri sendiri. Anak - anak semakin cepat membesar. Aaron dah masuk darjah dua, lagi dua tahun Rauf akan masuk sekolah rendah dan tanpa sedar Assad akan masuk taska. 34 sudah separuh jalan hampir ke 40 tahun. Aku ingat lagi dahulu Abah ada highlight umur 40 dia. Aku pun perlu bersedia ke arah 40 tahun.

    Aku dengan Yasmen pun perlu ubah cara kami. Sebelum ni mungkin layan anak - anak seperti anak kecil. Selepas ini, mereka dah hampir dewasa kami perlu membentuk jiwa mereka. Aku tak nak mereka jadi generasi lemah seperti yang ada harini. Siapa yang lemah harini akan jadi yang dipijak lagi 10 tahun. Kami pun perlu mengutamakan hubungan kami. Perkahwinan ini perlu sentiasa ditambah baik kalau tidak kami hanya akan jadi pasangan yang hanya kawin sebab dah kawin. 

    Aku tak ada banyak nak tulis, tapi aku menulis sebagai satu cara melepas diri. Ada masa idea ada tapi tak menulis.


20241106

6 November 2024

A lot had happened. Banyak benda yang buat aku reflect hidup ini. Cuma baru ada masa hendak menulis. Aku seorang yang belajar agama dan ketuhanan melalui hidup aku, bukan orang yang pergi ke sekolah agama atau ceramah.

Pelajaran ini dah banyak mengubah hidup aku dari seorang yang tak boleh dengar dan terima, kepada yang dengar, fikir dan tak cepat melatah.

Aku dah ada tiga orang anak lelaki. Mungkin orang akan cakap kenapa tak perempuan. Tuhan tahu aku mungkin boleh jaga anak anak lelaki, mungkin tak sesuai untuk anak perempuan. Mungkin mereka bertiga ada tujuan yang lebih besar pada masa hadapan, dengan mereka bertiga barula tujuan itu dapat dipenuhi. 

Kenapa tiga lelaki sekarang ? At first we thought of honoring abah by having a child born in the year of the dragon. Mungkin juga kami rasa pengalaman dengan dua anak ini dah cukup mengajar untuk tiga anak. So far, having two kids look like the right fit for us even with it up and down. Aaron anak yang kami berusaha nak dapatkan, ada moment yang bila dia tak jadi kami kecewa, Rauf anak yang jadi at the right moment. I can't remember any major issue during pregnancy but one he get out he is really a pain in the ass. Assad anak yang it just happen, pregnancy was a lot of challenges. Aku rasa kalau yang pregnant tu bukan Yasmen mungkin orang tu dah give up dengan hidup. 

Ada ilmu ini pun satu sumpahan. Namun, tak boleh nak salahkan tuhan bagi kita ilmu. Ia sumpahan yang mana kau dapat nampak apa akan berlaku dan apa yang perlu dilakukan.Ia pun sumpahan yang mana kau ada keperluan untuk guna ilmu kau buatkan dia sampai jadi macam mana kau nak. Ada juga yang memilih untuk buat tak tahu sahaja hidup tanpa guna ilmu dia. Itupun sumpahan juga.

Sekarang aku hidup dalam penuh tanggungjawab kerja dan perkara perkara yang perlu dibuat. Dah lebih setahun otak aku tak pernah kosong yang dia boleh total shut down vacation mode. Takdir Yasmen lah melahirkan Assad dalam keadaan ini. Ia juga mungkin rezeki dari tuhan yang kami masih tak tahu.

Assad Raaif Day 28

Walau bagaimana pun aku tahu semua ini dah tertulis untuk suatu yang lebih baik jika kami dapat lalui nya.



20240419

Mengangkat Darjat

 Aku pernah dengar yang tuhan akan mengangkat kedudukan seseorang tu lebih sikit dari yang lain. Pertama kali, ia seakan bunyi yang bongkak untuk rasa kita ni lebih dari yang lain tetapi kalau kita teliti ia adalah untuk kita bersyukur dan lebih lagi beriman kepada-Nya.

Hari ini, kalau kau cakap wang 10 ribu dekat aku, aku tak rasa apa. Bukanlah ia sikit dan mudah tapi sebab engkau dan biasa buat transaksi lebih dari itu kau dah rasa biasa. Bayar deposit kereta tiga puluh ribu begitu tapi bila fikir balik banyak pula bila orang lain nak bayar duit rumah empat ribu sampai bertahun tak selesai. Hikmah nya bila ada orang yang nampak memerlukan bawah 10 ringgit, aku bagi je la. Bila nak belanja makan, keluar je duit berbanding dulu.

Dulu nak isi minyak kereta, nak servis kereta berkira. Kini, kau bukan naik  kereta untuk bergerak dari A ke B. Kau nak selesa, cantik dan bergaya. Bila bawa kereta yang biasa, kau tak selesa. Ini bukan untuk berlagak, ia untuk bersyukur dengan peluang yang tuhan bagi.

Sebelum ni bila kau membesar, sekolah, orang yang lebih tua, lebih besar akan rasa mereka lebih hebat. Tapi harini bila kau berpangkat, sesiapa tua besar mana pun akan panggil kau boss. Dia takkan seberangan dengan kau. Itulah bukti tuhan dah angkat kau lebih sikit. hargai lah Nya dengan terus berusaha dan menjadi lebih baik.

20240312

1 Ramadhan 1445

    Semakin lama aku hidup, semakin banyak aku berfikir. Mungkin itu hanyalah benda yang aku rasa betul atau itula suratan kehidupan. Kebenaran cuma akan keluar nanti bila semua ini berakhir.

    Bila Abah pergi, pelbagai perkara keluar. Menyalahkan takdir, tak boleh terima, serba tak kena. Mungkin aku tak jalani keseluruhan hidupnya tapi menjadi seorang ayah dan suami, sedikit apa dia rasa mungkin aku rasa.

    Tuhan memanggil nya pergi kerana sudah sampai masa nya. Dia sudah berlawan sepanjang hidup nya. Segala sakit, parut dan letih. Orang biasa mungkin tidak faham, kadang nampak bodoh, kenapa kita nak bekerja hari - hari kumpul duit untuk apa ? Akhir nya kita mati, kita tak guna pun. Namun ada pula yang sampai ke mati terpaksa hidup dalam kerisauan tak ada duit tak ada makanan.

    Tapi apa yang aku rasa sebagai ayah dan abah, kita ni jalan terus membuat duit mencari nafkah untuk anak - anak. Aku dah tak fikir sangat apa aku nak. Ada nampak aku nak beli, aku beli. Aku seperti terus mencari duit tanpa ada tujuan khusus. Bukan kerana tamak, dia seperti engkau telah automatik hidup mencari duit untuk anak - anak.

    Kini dalam diri ini, aku tahu aku takkan hidup lama, entah sempat 52 tahun seperti Abah atau tidak. Dulu aku panik aku rasa seperti terfuck up. Sekarang aku rasa mungkin memang cerita aku sampai situ sahaja. Aku dah buat apa yang patut aku buat dan aku rehat dari keletihan ini. Selamat tinggal dunia, hiduplah anak - anak dengan apa aku tinggalkan. Cari la dunia kamu sendiri.

    Aku tak tahu macam mana Abah pergi sebab dia tidak sakit lama seperti orang lain. Dia pergi dengan hanya kami mengucap di telinga Nya tanpa dia sedar. 5:30 petang dia pergi pada hari Sabtu. Bagaimana sakit dan azab dia pergi tiada siapa yang. Cuma tak ada siapa nampak badan dia luka ke, dia stroke ke, tiada penampakan fizikal. Ada yang mati perlahan - lahan sehingga jadi jasad tak bernyawa. Mungkin itu rezeki Abah, dia pergi tanpa siapa tahu apa dia rasa. Aku yakin Allah tahu, Abah sudah buat apa yang dia mampu, sampai masa dia berehat. Kelak masa aku akan sampai.

    

20240107

Sesuatu yang Lebih Besar

Dari mana datang kesedaran ada sesuatu diluar sana yang lebih besar dari kita. yang dipanggil tuhan. Mungkin tuhan kau dan dia berbeza tapi akan ada masa dari dalam ada sesuatu yang lebih besar yang mengawal semua ini.

Yang menentukan keadilan, ganjaran dan hukuman. Yang mengetahui apa yang patut diberi dan diuji. Aku tahu aku bukan yang paling beragama tapi walau macam mana malas dan jahil aku tetap rasa aku kena menyembah nya pada lima waktu wajib itu. Itu yang paling kurang untuk aku beri.

Aku tahu apa yang aku ada sekarang adalah atas usaha aku dan izinnya. Dia yang menentukan kecukupan yang diberi kepada kita dengan usaha kita. Bekerja seperti kita akan hidup seribu tahun, mungkin tuhan akan bagi secukupnya kepada kita sehingga akhir hayat.

Aku nampak kesenangan kadang akan buat kita leka dan lupa. Lupa kepada Nya, lupa kepada susahnya kita dulu, lupa untuk terus berusaha.  Saat kita lupa, segalanya akan hilang. Hilang selamanya musnah.

Saat itu berlaku,salah siapa? Tuhan yang maha adil sudah menentukan cukup nya kita, sejauh mana kita menjaga hubungan dengan nya dan dia akan menjaga kita. Bila kita terjaga kita tahu ada sesuatu yang lebih besar dari kita.